
Malaysia menjadi juara acara kuadran apabila menewaskan Jepun 15-8, 15-11 di Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Gandingan Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Amirul Zazwan Amir, Norfaizzul Abd Razak dan Muhammad Shahairil Aiman Halim mencipta sejarah itu dengan sokongan padu 1,000 penonton.
Skuad Malaysia bermula dengan cemerlang dan mudah menundukkan pasukan Jepun yang diwakili Wataru Narawa, Tashitaka Naita, Yuki Sato dan Ryota Haruhara.
Di set kedua, Jepun memperbaiki prestasi dan cuba menandingi skuad negara tetapi tidak cukup untuk menggugat penguasaan kuadran Malaysia.
Jurulatih skuad negara, Mohammad Zulkarnain Abdul Rahman menyifatkan ia pengubat kekecewaan di Piala Dunia di Bihar India, Mac lalu.