
KUALA LUMPUR: Semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025–2029 secara kolektif dan sukarela meletakkan jawatan mereka dengan serta-merta.
Mengumumkan tindakan itu, pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan keputusan itu dibuat secara sebulat suara, dengan mengambil kira tanggungjawab organisasi dan tanpa kepentingan atau jawatan peribadi.
Beliau berkata, ia langkah berhemah dan berprinsip yang diambil susulan situasi terkini yang menarik perhatian umum.
Malah, katanya, Jawatankuasa Eksekutif mengambil tanggungjawab bersama dan keperluan untuk bertindak dengan cara melindungi integriti FAM.