Rosman Puji Taktikal & Semangat Juang Pearly-Thinaah di Final Indonesia Masters

Foto BA Malaysia

Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak berpendapat keberanian Pearly Tan-M Thinaah mengubah corak taktikal serta komunikasi mantap di gelanggang menjadi kunci kejayaan pasangan utama negara itu kebelakangan ini.

Pearly-Thinaah kini menduduki ranking keempat dunia dan beraksi dalam final Indonesian Masters 2025 sebelum tunduk kepada gandingan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning.

Dalam perlawanan dramatik itu, Pearly Thinaah tewas 23-25, 21-12, 21-19.

Walaupun tewas dalam pertarungan sengit yang berlangsung 87 minit, ia adalah antara persembahan terbaik dalam karier Pearly-Thinaah yang menyaksikan semangat juang tinggi, kata Rosman.