
KUALA LUMPUR: Rob Friend menegaskan bahawa beliau memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dan bukan sekadar bertindak sebagai perunding.
Penjelasan itu dibuat susulan kekeliruan berhubung peranannya dalam organisasi bolasepak negara.
Friend turut menyatakan bahawa pelantikannya adalah rasmi dan beliau komited untuk membawa pembaharuan dalam pengurusan bolasepak Malaysia.
Bekas pemain Kanada itu tampil menjelaskan peranannya dalam FAM.
Katanya, beliau bukan sekadar penasihat luar tetapi CEO sepenuh masa yang dilantik secara rasmi.
“Saya bukan datang dan pergi. Saya di sini untuk bina semula bolasepak Malaysia,” tegasnya.