RM1 Juta Seorang untuk Pearly-Thinaah

Foto BAM

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah bakal menerima pakej bayaran RM1 juta seorang setahun selepas bersetuju kekal Bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Tawaran itu difahamkan adalah seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis BAM. Sebelum ini, gandingan nombor tiga dunia itu dikatakan meminta bayaran lebih tinggi menyebabkan rundingan kontrak kedua-duanya berlanjutan.

Namun, badan induk sukan badminton itu difahamkan sedia menimbangkan kenaikan dalam pakej berkenaan sekiranya Pearly-Thinaah mencapai petunjuk prestasi utama dalam tiga kejohaan iaitu Terbuka Jepun, Terbuka Chna dan Kejohanan Dunia di Paris.

Difahamkan rundingan di antara kedua-duanya sudah muktamad dan pasangan itu akan menandatangani kontrak hujung minggu ini.