
KUALA LUMPUR: Ini cabaran berani mati Ridean Masdor. Jaguh muay thai negara itu membuat cabaran terbuka kepada juara dunia Atomweight, Nakada dari Jepun.
Cabaran Rifdean itu dilaungkan susulan kemenangan sensasinya ke atas petarung Indonesia, Mohamad Redho di Bangkok, malam kelmarin.
Hasrat berani itu disuarakan Rifdean sejurus menampilkan aksi bertenaga selepas menundukkan petarung Indonesia, Mohamad Redho pada perlawanan ONE Friday Fight 138 di Stadium Lumpinee.
Petarung berusia 23 tahun itu hanya memerlukan dua minit 34 saat pada pusingan pertama untuk menamatkan perlawanan menerusi knockout, sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai antara prospek paling menyinar negara di pentas antarabangsa.
“Selepas ini saya mahu lawan yang terbaik. Jika diberi peluang, Nakada. Saya akan datang (terima),” kata Rifdean dengan penuh keyakinan sebaik tamat perlawanan.
Kemenangan ke atas Redho, 26, itu menyaksikan Rifdean mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas sebelum ini menewaskan Bernueng Sor Salacheep dari Thailand dan Nongbia LaoLaneXang dari Laos, tahun lalu.