
BANGKOK: Rexy Mainaky, selaku Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara, sedia meletakkan jawatan berikutan kegagalan skuad badminton negara, khususnya dalam acara beregu di Sukan SEA Thailand.
Skuad badminton Malaysia hanya mmenangi satu pingat emas, dua perak dan enam gangsa, jauh daripada sasaran empat emas yang ditetapkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Satu-satunya emas badminton negara diraih menerusi beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah yang tampil cemerlang menundukkan pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari 21-16, 19-21, 21-17 pada aksi final.
Sebaliknya, beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas straight set kepada gandingan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 14-21, 17-21.