Rahsia TMJ sentiasa begitu tenang

Foto IG @hrhcrownprinceofjohor

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menjelaskan bahawa beliau tenang kerana ada keutamaan dan prinsip sendiri.

Menurutnya, beliau memiliki keutamaan dan prinsip sendiri yang jauh lebih penting daripada orang yang bercakap benda bukan-bukan.

Perkara itu dinyatakan di laman Instagramnya sebagai menjawab pertanyaan orang ramai mengenai bagaimana baginda menghadapi dengan tenang semua perkara yang berlaku.

“Sejak kebelakangan ini ramai orang bertanya kepada saya. Bagaimana saya boleh begitu tenang dengan semua perkara yang berlaku? Jawapan saya, apa perkara paling teruk yang boleh berlaku? Saya tak risau tentang apa-apa. Saya ada keutamaan dan prinsip saya sendiri yang jauh lebih penting daripada orang yang bercakap benda bukan-bukan.

“Hari seseorang boleh datang dan rampas kopi dari tangan saya adalah hari yang saya patut risau. Saya hanya percaya dan berserah kepada Allah. Saya sudah melakukannya selama bertahun-tahun,” katanya.