
Qabil Irfan Azlan terus mencipta sensasi di arena permotoran antarabangsa apabila menjuarai Perlumbaan 2 Pusingan Kedua Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2025 di Litar Catalunya, Barcelona, Sepanyol semalam.
Pelumba muda negara itu menamatkan perlumbaan yang berlangsung sengit dengan kelebihan hanya 0.01 saat di hadapan pencabar terdekatnya, Nicola Miroslavov dari Bulgaria.
Perlumbaan menjadi menarik apabila pelumba kelompok utama saling bertukar kedudukan dari awal hingga ke garisan penamat.
Namun, strategi bijak Qabil yang berusia 13 tahun itu akhirnya berjaya membuahkan hasil.