
KUALA LUMPUR: Putera Adam Halim Muazzam diumum juara keseluruhan Kategori PRO pada Kejuaraan Lamborghini Super Trofeo Eropah 2025 di Litar Dunia Marco Simoncelli semalam.
Pelumba 19 tahun itu, yang mengungguli dua perlumbaan terakhir, mengesahkan kedudukannya sebagai pelumba Malaysia dan Asia pertama yang menjuarai kategori paling kompetitif dalam siri Lamborghini di Eropah.
Anak kelahiran Subang Jaya, Selangor itu mempamerkan kecekapan, ketenangan dan kematangan luar biasa sepanjang musim sulungnya bersama pasukan Vincenzo Sospiri Racing (VSR).
Meskipun bersaing dengan pelumba berpengalaman seperti Enzo Geraci dan Josef Knopp, serta peserta Program Bakat Muda Lamborghini, Putera Adam berjaya mengumpul 114 mata keseluruhan hasil prestasi konsisten pada setiap pusingan.