
Pi mai, pi mai tang tu…Itulah keluhan penganalis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berhubung pelantikan semula Datuk Karim Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Olahraga Malaysia.
Menurutnya, muka baru yang berwibawa dan berwawasan harus diberi peluang untuk meneraju badan induk itu dan tidak terus bergantung kepada pemimpin lama yang berulang kali kembali memegang tampuk kuasa.
Karim yang sebelum ini memimpin badan induk itu dari 2014 hingga 2019 memperoleh 25 undi, menewaskan Datuk Wira Mark Ling Lee Meng (15 undi). Datuk Seri Shahidan Kassim menarik diri dalam pemilihan itu.
Datuk Dr Pekan berkata, pemilihan semula individu secara berulang mencerminkan kegagalan melahirkan barisan kepemimpinan baru.