Perenang Warisan bukan Penyelesaian Jangka Panjang

Foto Hiasan / MSN

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata pendekatan mengambil perenang warisan dan naturalisasi bukanlah jalan penyelesaian jangka panjang.

Menurutnya, pendekatan itu boleh membantu mencapai hasil segera seperti memenangi pingat emas tetapi ia tidak semestinya baik untuk jangka panjang.

“Terpulanglah kepada persatuan kebangsaan. Kalau mereka terlalu ingin untuk menang emas semata-mata, mereka akan buka pintu seluas-luasnya, tetapi itu pun tidak baik juga,” katanya.

Situasi itu, katanya akan menyebabkan kemungkinan atlet berpindah negara mengikut peluang ditawarkan, tanpa semangat kenegaraan yang kukuh.