Perak, Kedah gagal dapat lesen Liga Super

Foto Astro Awani

Harapan pasukan bolasepak Perak dan Kedah untuk bersaing di Liga Super berkecai apabila gagal mendapat lesen kebangsaan untuk beraksi musim depan.

Pengerusi First Instance Body, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Shariff, dalam satu kenyataan berkata, dua pasukan itu gagal mendapatkan lesen kebangsaan selepas permohonan mereka tidak memenuhi kriteria kewangan yang ditetapkan dalam MFL CLR.

“Lapan kelab Liga Suoer diberikan lesen kebangsaan iaitu Johor Darul Takzim, Selangor FC, Penang FC, Kuching City FC, Sabah FC, Terengganu FC, Sri Pahang FC dan Negri Sembilan FC,” katanya.

Menurutnya, tiga pasukan diberikan lesen kebangsaan bersyarat iaitu Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC dan PDRM FC.