Penonton boo Manchester United

Foto Espn UK

Bukan setakat dikecewakan oleh pemain gabungan negara Asean 1-0, kelab terkemuka liga Inggeris, Manchester United diejek oleh penyokong selepas tamat perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bagaimanapun, pengendali MU, Ruben Amorim menganggap ejekan itu barangkali diperlukan oleh barisan pemain selepas mereka mengharungi musim hambar di liga Inggeris. MU terperosok di tangga ke-15 dalam saingan liga Inggeris.

Menurutnya, dia rasa bersalah di atas setiap keputusan perlawanan namun mengakui anak-anak buahnya sepatutnya memenangi perlawanan menentang aksi Piala Cabaran Maybank 2025 itu.

“Barangkali ejekan itu kami perlukan untuk menyuntik semangat pemain. Apapun, kita tunggu musim depan,” katanya.