Penantian Emas Sedekad Akhirnya Terlunas

Foto Reuters

BANGKOK: Selama 10 tahun negara menunggu saat ini, akhirnya Pearly Tan-M Thinaah menamatkan kemarau sedekad pingat emas menerusi acara beregu wanita di Sukan SEA Thailand.

Beregu negara yang menduduki ranking kedua dunia itu melakukannya selepas mencatat kemenangan dramatik 21-16, 19-21, 21-17 ke atas wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari.

Namun, kejayaan itu bukanlah mudah bagi Pearly-Thinaah kerana disaingi dengan begitu kental oleh pasangan Indonesia ranking ke-59 dunia itu.

Kejayaan itu mengulangi pencapaian kali terakhir skuad negara memenangi emas menerusi gandingan Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho pada Sukan SEA 2015 di Singapura.