Pemain Warisan: Revolusi atau Kontroversi?

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hebat dikritik, bagai daging korban yang dilapah beramai-ramai berikutan tindakan FIFA mengenakan denda ke atas badan induk bolasepak itu dan menggantung tujuh pemain.

Kemelut ini dibincangkan panjang lebar di Ngopi @ Channel10 oleh penganalisis sukan Datuk Dr Pekan Ramli, HJ Zakaria Rahim dan wartawan sukan Arnaz…….

Hos Rizal Hashim bertanyakan salah dan angkara siapa? Adakah FAM, TMJ, Rob Friend selaku CEO? Atau pemain?.

Setakat ini tidak ada pihak yang tampil bertanggungjawab dan ketiga-tiga panelis sepakat bahawa mereka menunggu dengan sabar.

Menurut mereka ini sebenarnya masalah yang mudah dirungkai jika integriti menjadi pegangan yang bertanggungjawab.

Susah sangatkah untuk menelusuri susur galur pemain-pemain ini. Ini menghairankan panelis dan hos. Dan tidakkah pemain-pemain itu tahu siapa ibu bapa dan datuk neneka mereka?

Benarkah FAM memalsukan dokumen pemain-pemain itu? Jawapannya dibahas dalam Ngopi @ Channel10. Saksikan.