
KUALA LUMPUR: Pemain terkaya dunia, Faiq Bolkiah dipercayai bakal bermain di Liga Malaysia (Liga M) bagi musim ini.
Ini selepas DPMM FC menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 27 tahun itu pada jendela perpindahan Januari depan.
DPMM bakal mengikat pemain itu selepas Faiq dilepaskan oleh pasukannya yang beraksi di Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC.
“Faiq Bolkiah akan dilepaskan oleh pasukannya ketika ini, Ratchaburi FC daripada Liga 1 Thailand.
“Bermula musim 2022/23, dia Faiqtampil dalam 19 perlawanan bersama Chonburi FC sebelum berpindah ke Ratchaburi pada musim 2023/24.
“Namun Faiq hanya boleh diikat untuk perpindahan pada Januari nanti ketika jendela perpindahan seterusnya,” kata pasukan itu.
Sebagai rekod, DPMM FC kembali bersaing dalam kancah Liga M bermula musim ini dengan mereka mengikat perjanjian selama tiga musim.
Namun mereka bermula dengan aksi goyah yang menyaksikan mereka belum lagi meraih sebarang kemenangan selepas tiga perlawanan dengan hanya mengutip satu mata.
Mereka juga tersingkir daripada pusingan 16 Piala FA selepas tewas 4-9 secara agregat di tangan Kuching City FC (KCFC).