
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah tewas dalam aksi final Terbuka Indonesia 2025 di tangan pasangan nombor satu dunia dari China Liu Sheng Shu-Tan Ning 25-23, 12-21 19-21.
Namun, ini bukan kekalahan biasa. Ia adalah kekalahan bermaruah walaupun kekalahan di tangan pasangan China itu adalah yang keempat berturut-turut sejak Oktober lalu.
Naib juara beregu wanita Terbuka Indonesia 2025 itu mempamerkan semangat juang luar biasa khususnya di set pertama yang menyaksikan kebangkitan meskipu ketinggalan jauh.
Ini memberi harapan bahawa Malaysia boleh menghasilkan jaguh badminton wanita yang bersemangat waja. Tahniah Pearly dan Thinaah.