Pearly-Thinaah mohon maaf kalah di tangan lawan ranking 60 dunia

Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Sesudah terkandas di pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah memohon maaf kepada ribuan penyokong yang membanjiri Axiata Arena.

Thinaah mengakui rasa kecewa dan bersalah terhadap peminat yang hadir dari jauh, namun menegaskan mereka tidak akan berputus asa, sebaliknya mahu belajar daripada kekalahan dan bangkit lebih kuat pada kejohanan seterusnya.

“Saya sangat menghargai peminat yang datang memberi sokongan pada perlawanan hari ini. Memang rasa sedih dan kecewa, tetapi kami tidak akan berputus asa.

“Kami akan belajar daripada perlawanan ini dan bangkit lebih kuat,” kata Thinaah.