Pasukan ragbi negara juara SEA 7S

Foto Ragbi Malaysia

KUALA LUMPUR: Malaysia menjuarai Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) 2026 selepas menewaskan Thailand 10-5 pada aksi final di Stadium Yio Chu Kang, Singapura semalam.

Ketua jurulatih ragbi 7s negara, Nik Safuan Ismade Nik Man memuji kerana menunjukkan komitmen dan kesungguhan ketika aksi dan persiapan bagi menghadapi kejohanan itu.

“Walaupun tempoh persiapan singkat komitmen yang diberikan oleh pemain amat memberangsangkan dan mereka berjaya menunjukkan potensi sebenar,” katanya

Malaysia melangkah ke final selepas muncul juara Kumpulan B apabila membelasah Kemboja 66 tanpa balas sebelum menewaskan Brunei 57-7 dan mengecewakan Singapura 38-0.

Skuad ragbi wanita negara pula terpaksa akur di tempat kedua selepas tewas 41-0 kepada Thailand dalam aksi final kejohanan.