Pasangan Badminton Korea Sangat Kebal

Foto BA Malaysia

KUALA LUMPUR: Kemampuan beregu lelaki nombor satu dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae mengembalikan hampir setiap smash antara punca meranapkan impian gandingan negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun meraih pingat sulung di Kejohanan Dunia.

Perjuangan Wei Chong-Kai Wun di Paris berakhir di suku akhir apabila tewas 23-21, 21-23, 21-15 dalam aksi 68 minit di Adidas Arena, awal pagi sealam.

Wei Chong berkata, kekuatan pasangan Korea Selatan itu terletak pada pertahanan mereka yang sukar dipatahkan, yang akhirnya menyebabkan mereka kehilangan fokus.

“Selalunya bulu tangkis yang kami smash itu sepatutnya sudah mati, tetapi mereka sentiasa berjaya mengembalikannya. Kemudian, secara tiba-tiba kami mula kehilangan fokus,” kata Wei Chong.

Sekalipun tewas, Wei Chong-Kai Wun memperbaiki pencapaian berbanding pada penampilan pertama tahun lalu yang berakhir di pusingan 16 terbaik.

“Kami hanya mahu memberikan yang terbaik dan cuba memenangi pingat untuk Malaysia. Kami sudah memberikan segala-galanya di gelanggang,” kata Wei Chong.