
Bekas perenang negara, Nurul Huda Abdullah dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Sea Thailand 2025 yang dijadual berlangsung dari 9 hingga 20 Disember ini.
Nurul Huda akan dibantu oleh dua lagi bekas atlet berpengalaman iaitu Nazmizan Mohamad dari sukan olahraga dan Jivan Mohan (hoki). Jivan akan bertindak selaku timbalan ketua kontinjen.
Turut membantu Nurul Huda ialah Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Kenny Goh. Nurul Huda kini memegang jawatan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia.
Pelantikan diumumkan oleh Majlis Olimpik Malaysia dalam satu kenyataan yang menyatakan pemilihan turut dibuat bersama Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara.