
JAKARTA: Beregu lelaki kedua Malaysia, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei melengkapkan kejayaan tiga gelaran juara di Indonesian Masters apabila
menewaskan beregu muda tuan rumah, Raymond Indra dan Nikolaus Joaquin di Istora Senayan, Jakarta.
Izzuddin-Sze Fei menewaskan pasangan muda Indonesia itu 21-19,21-13.
Sebelum ini, pasangan wanita Pearly Tan-M Thinaah menang tanpa mengeluarkan peluh disebabkan pasangan Jepun memberikan walkover.
Kejayaan itu disusuli oleh kemenangan pasangan Chen Tan Jie-Toh Ee Wei yag menewaskan pasangan Denmark Alexandra Boje-Mathias Christiansen
Set pertama menyaksikan Izzuddin-Sze Fei mendahului pada kedudukan 12-9. Meskipun cuba dikejar Raymond-Nikolaus, bekas beregu nombor satu dunia itu menang dengan keputusan 21-19.
Set kedua menyaksikan Izzuddin-Sze Fei semakin sukar dicabar dengan mendahului pada kedudukan 11-4. Kelebihan itu terus dipertahankan bekas juara India Open itu sebelum menang dengan keputusan 21-13.
Kejayaan ini menyaksikan Izzuddin-Sze Fei meraih hadiah kemenangan berjumlah AS$39,500 (RM158,000).