Negaraku Bergema di Sepanyol, Hakim Danish Juara Red Bull Rookies Cup

Foto Fb Hakim Danish

Negaraku berkumandang di Sepanyol, Lagu Negaraku bergema di Aragon, Sepanyol bagi merayakan kejayaan pelumba Hakim Danish Ramli yang mengotakan janjinya untuk mengungguli Perlumbaan 2 pusingan ketiga Red Bull MotoGP Rookies Cup, semalam.

Kejayaan itu menamatkan kemarau kejuaraan pelumba berumur 17 tahun itu musim ini selepas lima kali bergelar naib juara, termasuk pada Perlumbaan 1 kelmarin.

Bermula di petak ketujuh, Hakim Danish mengemudi motosikal secara agresif untuk meletakkan dirinya bersama tiga pelumba kelompok hadapan.

Dalam perlumbaan sengit itu, menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 26 minit 52.77 saat.