
Mereka harus lebih berani! Itu ditegaskan oleh legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek, mengenai punca kekalahan beregu lelaki nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam perlawanan final Terbuka China, baru-baru ini.
Razif berasakan meskipun corak permainan pasangan negara hadir dengan ‘explosive play’, namun sesekali mereka perlu memberikan fokus dengan corak permainan bertahan juga.
Razif berkata beregu lelaki Indonesia menerusi Fajar Alfian ampuh, umpama ‘ketam’ di hadapan jaring, dengan lenggok badan fleksibel untuk mematikan bola di hadapan jaring.
Meskipun pasangan Indonesia itu tidak kencang smash, mereka masih mampu menghadirkan pukulan menjunam yang baik sekaligus menghukum wakil negara.
“Jika mereka sentiasa dengan corak (permainan) begini, tak mungkin boleh kalahkan pemain Indonesia. Cara lain adalah perlu bertahan juga,” katanya.