
KUALA LUMPUR: Adalah mustahil bagi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan untuk memenangi kes dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Pada tahun 2023 dan 2024, daripada 54 kes yang dibawa ke CAS menentang FIFA, satu pun tidak berjaya. FIFA menang semua kes.
Datuk Christopher Raj, pemerhati bolasepak tempatan menjelaskan, adalah sesuatu yang ajaib sekiranya FAM berjaya memenangi kes berkenaan di CAS.
Beliau berkata, ia berdasarkan rekod kemenangan FIFA dalam kes yang dihadapi badan induk bolasepak dunia itu di CAS sebelum ini.
“Satu keputusan yang ajaib kalau FAM menang di CAS. Jika melihat kepada fakta kes sebelum ini, apabila Jawatankuasa Disiplin FIFA jatuhkan hukuman kepada persatuan bolasepak dan Tribunal FIFA pun kekalkan keputusan itu, dekat CAS mereka (persatuan) kalah.
“Pada tahun 2023 dan 2024, daripada 54 kes yang pergi ke CAS menentang FIFA, mereka menang 54 kes itu, menang semua. Maknanya begitu solid penulisan akta undang-undang FIFA,” katanya.
Katanya, sebagai peminat kita menyokong penuh demi bolasepak negara, sudah pasti kita mengharapkan FAM menang di CAS,” katanya.