
KUALA LUMPUR: Gandingan Pearly Tan-M Thinaah menewaskan pasangan Jepun Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, 22-20, 21-19 pada aksi final untuk menjadi juara Masters Kumamoto di Jepun.
Ia adalah gelaran ketiga mereka dalam siri Jelajah Dunia BWF selain mencipta sejarah sebagai wakil Malaysia pertama menjuarai Masters Kumamoto di Jepun.
Pasangan nombor dua dunia itu mempamerkan kebangkitan luar biasa dalam kedua-dua set untuk menundukkan gandingan tuan rumah yang menghuni ranking ketujuh dunia itu.
Kejayaan itu turut mengulangi kemenangan mereka di final Terbuka Artik, Finland bulan lalu.