Mantapkan Singles Jika Mahu Juarai Piala Thomas

Foto Bernama

Pemain badminton perseorangan lelaki perlu ditingkatkan mutu permainan jika kita bercita-cita untuk menjuarai Piala Thomas di Horsens, Denmark tahun depan, kata legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek.

Menurutnya, Malaysia sudah mempunyai pemain beregu yang kuat dan kini menguasai dua ranking teratas dunia menerusi Goh Tze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

“Kita ada dua beregu lelaki yang bagus. Perseorangan pula kita ada Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao. Bagaimanapun, penekanan perlu diberikan kepada sektor perseorangan untuk tingkatkan lagi mutu permainan mereka.

“Kalau kita ada dua beregu dan dua pemain perseorangan yang lebih kurang setara, saya rasa pasukan akan stabil dan boleh menjuarai Piala Thomas,” katanya.