
Gandingan mantap Syahir Rosdi selaku tekong, Azlan Alias (perejam) dan Farhan Adam (pengumpan) berjaya meranapkan harapan musuh tradisi, Thailand dalam perlawanan akhir acara regu Puala Asia 2025.
Skuad Malaysia menewaskan trio Thailand Sittipong Kamchan (tekong), Varayut Jantarasena (perejam) dan Yodsawat Uthaijaronsri (pengumpan) 15-12, 15-9.
Kejayaan ini mengulangi detik gemilang pada Piala Dunia 2024 apabila skuad Malaysia mengetepikan Thailand yang dibarisi pemain yang sama.
Sokongan padu kira-kira 3,000 penyokong membakar semangat pemain negara.
Kejayaan ini melambangkan kebangkitan semula dominasi Malaysia dalam sukan sepak takraw antarabangsa.