Malaysia Menang 3 Emas Sukan Memanah Berkuda di China

Foto Mohamad Shaahril Badli Shaali

KUALA LUMPUR: Skuad memanah berkuda Malaysia beraksi cemerlang apabila memenangi tiga pingat emas dalam Global Horseback Archery Masters 2025 di Honghuashan Sports Centre, Shenzhen, China.

Kejayaan di kejohanan yang berlangsung pada 10 hingga 13 Disember itu dimulakan dalam Kategori Junior apabila Abu Bakr Muhamad Akmal, 13, muncul juara dan meraih pingat emas bagi Serial Format.

Abangnya, Muhammad, 15, selaku kapten pasukan, memenangi pingat perak dalam kategori sama.

Dalam Hungarian Format, Abdurrahman Ahmad Mu’az, 15, memenangi pingat perak buat negara, sementara Muhammad menambah koleksi pingat dengan meraih gangsa.

Dominasi Malaysia diteruskan dalam acara Masahi Format apabila pasukan negara berjaya menewaskan pencabar dari pelbagai negara untuk merangkul pingat emas, sekali gus mengesahkan keunggulan mereka dalam acara berpasukan.