Liga Super Banjir Pemain Tua

Liga Super Malaysia berada di kedudukan ketiga di dunia kerana memiliki ramai pemain berusia atau tua berdasarkan senarai yang dikeluarkan laman terkemuka, Transfermarkt.

Berdasarkan statistik yang keluarkan laman antarabangsa itu di Facebook mereka, purata pemain yang beraksi dalam Liga Super Malaysia adalah 27.7 tahun.

Liga Super Malaysia berada di belakang Gozo League Malta yang mencatat purata umur pemain 29.7 tahun dan Liga Guate di Guatemala (purata umur 27.9 tahun).

Liga Super China pula di kedudukan keempat dengan purata umur 27.7 tahun dalam senarai 20 liga yang disenaraikan Transfermarkt itu, manakala Liga Thailand di tangga ke-16 (purata umur pemain 27.2 tahun).