Liek Hou Pemain Para Lelaki Terbaik Dunia 2025

Foto BWF

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki badminton para negara, Cheah Liek Hou, dipilih sebagai Pemain Para Lelaki Terbaik Dunia 2025 pada Majlis Gala Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China, malam semalam.

Jaguh perseorangan lelaki badminton para negara itu menewaskan Daiki Kajiwara (Jepun), Kumar Nitesh (India) dan Park Hae Seong (Korea Selatan), sekaligus menamatkan penantian selepas dicalonkan selama lima tahun berturut-turut.

Liek Hou juga dipilih sebagai Beregu Para Terbaik Dunia 2025 bersama Mohd Fareez Anuar.

Dalam kategori para wanita, anugerah Pemain Perseorangan Wanita Terbaik dimenangi wakil Switzerland, Ilaria Olgiati.