Korea Utara Belasah Malayan Tigress 6-0

Foto FA Malaysia

Hasrat skuad Malayan Tigress untuk menempah tiket ke pusingan akhir Piala Asia Wanita 2026 berkecai selepas dibelasah gergasi bola sepak wanita Asia, Korea Utara 6-0 pada aksi terakhir Kumpulan H di Stadium Central, Dushanbe, Tajikistan.

Selepas cemerlang meraih dua kemenangan ke atas Palestin (1-0) dan Tajikistan (1-0) sebelum ini, skuad bimbingan Joel Cornelli jelas bukan tandingan Korea Utara yang ketika ini menghuni kedudukan kesembilan dunia.

Korea Utara adalah juara Asia tiga kali berturut-turut.

Terdahulu, Tajikistan yang bermain di kandang sendiri dibelasah Korea Utara 10-0. Palestin juga tewas 10-0 di tangan Korea Utara.