
KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon akan kembali ke Malaysia sebagai Ketua Jurulatih ‘The Red Giants’.
Pan Gon yang sebelum ini mengendalikan Ulsan HD FC, berkata dia memilih untuk menyertai Selangor FC (SFC) kerana yakin terhadap visi dan kesungguhan pasukan itu.
Jelasnya, SFC menunjukkan komitmen luar biasa serta pemahaman mendalam terhadap falsafah dan kepimpinan yang akan dibawa serta menyifatkan sasaran dan objektif SFC selaras dengan aspirasi peribadinya sebagai seorang jurulatih.
“Falsafah kejurulatihan saya sentiasa memberi fokus kepada pemain dengan penekanan terhadap latihan berkualiti, pelan taktikal yang jelas dan analisis lawan yang terperinci bagi memastikan persiapan pasukan berada pada tahap terbaik’
Jurulatih dari Korea Selatan itu pernah meningkatkan kedudukan skuad kebangsaan ke angga 134 daripada 154 dunia sepanjang tempoh 2022 hingga 2024, dengan pencapaian terbaik berada di kedudukan ke-130 dunia pada November 2023.
Di bawah kendaliannya, Malaysia turut layak ke Piala Asia secara merit buat kali pertama sejak 1980.