Khai Xing-Aaron juara Masters Guwahati

Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pasangan Kang Khai Xing-Aaron Tai merangkul gelaran ketiga mereka tahun ini apabila menjuarai kejohanan badminton Masters Guwahati di India.

Kemenangan itu melengkapkan dua minggu penuh gemilang buat pasangan ranking ke-46 dunia itu di India, selepas turut menjuarai Kejohanan Antarabangsa Syed Modi, minggu lalu.

Pada aksi final yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Saru Sajai, bekas juara remaja dunia itu jelas tidak berdepan masalah besar untuk menundukkan wakil tuan rumah, Pruthvi Krishnamurthy Roy-Krishnaprasad Sai Pratheek.

Lebih menarik, Khai Xing-Aaron tampil dengan aksi kemas untuk mencatat kemenangan ‘straight set’ 21-13, 21-18 ke atas pasangan ranking ke-52 dunia itu.