Kes 7 Pemain Warisan, FAM sah ke CAS

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dimulakan. Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi mengesahkan badan induk itu sudah memohon alasan bertulis dalam tempoh 10 hari seperti yang ditetapkan sebaik keputusan Jawatankuasa Rayuan FIFA diumumkan pada 3 November lalu.

CAS merupakan saluran terakhir FAM dan tujuh pemain negara membuat rayuan berhubung hukuman FIFA.

Kenyataan Yusoff itu menamatkan tanda tanya sama ada FAM akan membawa kes rayuan mereka ke CAS atau tidak.

Ini selepas rayuan badan induk itu dan tujuh pemain negara ditolak Jawatankuasa Rayuan FIFA pada awal November lalu.