Keputusan CAS mungkin ambil masa lebih panjang

Foto Hiasan / BH

KUALA LUMPUR: Rayuan membabitkan tujuh pemain warisan di Mahkamah Timbang Tara (CAS) paling awal dapat ditentukan Jumaat ini.

Perbicaraan di CAS membabitkan tujuh pemain negara hari ini pasti menarik tumpuan pemiat bolaepak negara.

Yang menjadi persoalan ialah mengenai tempoh keputusan membabitkan nasib tujuh pemain itu dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sama ia dapat diketahui secara terus selepas perbicaraan berakhir ataupun perlu menunggu lagi.

Kes itu mungkin dapat diselesaikan seawal esok (Jumaat), namun hasilnya masih bergantung kepada pertimbangan panel CAS.

Peguam sukan tanah air, Hairul Vaiyron Othman, berkta boleh jadi keputusan selesai esok tetapi proses di CAS bukan sahaja bergantung pada fakta kes tetapi juga perundingan antara pihak yang terbabit.

“Semua itu akan menjadi faktor utama yang menentukan sama ada rayuan boleh diterima atau sebaliknya. Selain itu, banyak faktor lain yang akan dipertimbangkan panel.

“Contohnya, sama ada fokus hanya kepada pengurangan hukuman atau perlu mengambil kira bukti dan hujah lain. Ia bukan mudah dan boleh memberi kesan besar kepada FAM,” katanya.