Kelantan FC dilelong RM300,000

Foto Kosmo

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mendedahkan beliau sudah mengemukakan tawaran sebanyak RM300,000 kepada Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) yang diterajui Nik Hafiz Naim Nik Hassan untuk membeli pasukan itu.

Norizam yang lebih dikenali sebagai Zamsaham menegaskan tawaran yang disertakan dengan ‘diskaun besar’ itu bagaimanapun tidak mendapat maklum balas GSK ketika Norizam sudah bersedia untuk melepaskan majoriti pegangan saham dimilikinya dalam pasukan itu.

“Saya ada berikan pilihan percuma dan jual tetapi GSK (Nik Hafiz dan Kumpulan) tidak terima sebaliknya mahu membeli dan ‘control’ sepenuhnya TRW Kelantan FC.

“Perbincangan daripada RM3 juta akhirnya saya setuju jual majoriti pegangan saham pada nilai RM300,000 tetapi akhirnya tiada jawapan daripada Nik Hafiz.

“Saya ada menghubungi Nik Hafiz juga berkenaan bayaran ini, tapi tiba-tiba senyap,” kata Norizam menerusi kemaskini di laman Facebooknya.