
KUALA LUMPUR: Bola sepak tanah air hari ini digemparkan dengan berita pertahanan Harimau Malaya, Facundo Garces, menarik minat sebuah pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Memetik laporan media Sepanyol, Cadenaser, kelab berkenaan menawakan €10 juta (RM49.24 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan tengah itu.
Bagaimanapun, tawaran berkenaan terpaksa ditolak kelab Garces, Deportivo Alaves, kerana tidak mahu kehilangan pemain utama mereka itu.
Ini bermakna Garces akan kekal bersaing dalam LaLiga bersama Alaves.