
SUNGAI PETANI: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disaran supaya menguruskan kemelut yang melanda badan induk itu dengan teratur, baik dan penuh hikmah demi memastikan masa depan bolasepak negara terus terpelihara.
Pendekatan yang baik dan berhemah amat penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap bolasepak negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari .
“Saya berharap FAM dapat selesaikan perkara ini dengan teratur, baik dan penuh hikmah. Kita sentiasa faham keadaan yang dihadapi FAM dan sentiasa memberikan ruang kepada badan induk itu untuk menjalani semua proses dalaman sedang berlangsung,” katanya.
Dr Mohammed Taufiq berkata, sokongan rakyat dan penyokong setia menjadi elemen penting dalam memastikan sukan bola sepak terus kekal sebagai antara sukan paling diminati di Malaysia.
Beliau berharap semangat rakyat Malaysia terhadap bolasepak negara tidak luntur.