Kayuhan Emas Pingat ke-200 Malaysia

Foto MSN

BANGKOK: Sasaran 200 pingat di Sukan SEA Thailand 2025 tercapai menerusi skuad berbasikal trek negara yang menghadiahkan pingat emas dalam acara kejar-mengejar berpasukan lelaki di Velodrom Hua Mark, Bangkok.

Kuartet negara Azim Aliyas, Hafiq Jafri, Yusri Shaari dan Newjoe Lau mempamerkan kayuhan bertenaga pada perlumbaan akhir untuk menewaskan pasukan tuan rumah Thailand yang dibarisi Nattakrit Kaeonoi, Thak Kaeonoi, Thurakit Boonratanathanakorn dan Putipong Chaloemsrimueang.

Terdahulu, pasukan Indonesia dibatalkan penyertaan pada pusingan kelayakan, sekaligus tersingkir daripada perebutan podium.