Kanchenjeet Perkuat Skuad Malayan Tigress

Foto FA Malaysia

KUALA LUMPUR: Skuad Malayan Tigress akan diperkuat bintang muda Kachenjeet Kaur Nanua dalam menghadapi cabaran Tri Nations Women’s International Series 2025.

Kanchenjeet adalah tonggak Miami Dades Sharks sewaktu beraksi di liga Amerika Syarikat.

Pengalaman pemain berusia 19 tahun itu beraksi di luar negara bakal membantu mendapatkan rentak terbaik bersama pasukan di kejohanan itu dan juga pada kempen Sukan SEA edisi 2025.

Malayan Tigress giat menjalani latihan sebagai persiapan menentang Bangladesh dalam perlawanan pertama pada 26 November.

Perlawanan menentang Azerbaijan adalah pada Sabtu, 29 November 2025.