
KUALA LUMPUR: Adegan tomoi dan kick boxing di padang bolasepak dalam aksi Piala Emas Raja-Raja 2025 pada 12 Oktober lalu, memaksa Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) mengambil tindakan tegas.
Setiausaha Agung PBMM, Nazeri Hussin, berkata satu mesyuarat Jawatankuasa Disiplin dan Keselamatan diadakan pada 14 Oktober lalu bagi meneliti laporan rasmi perlawanan dan insiden yang berlaku semasa perlawanan babitkan Selangor menentang Kelantan dan aksi antara Perak dan Bomba FC.
Mesyuarat itu memutuskan jurulatih penjaga gol pasukan Kelantan, Wan Kamaluzaman Mohammed digantung serta merta manakala pasukan Bomba FC diberikan kemenangan 1-0 dalam aksi itu.
“PBMM melalui Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin & Keselamatan yang bersidang pada
“Perlawanan D5 antara Selangor menentang Kelantan menyaksikan kedua-dua pasukan diberikan amaran.
“Wan Kamaluzaman Mohammed, jurulatih penjaga gol pasukan Kelantan yang didapati menumbuk pemain Selangor, digantung daripada menyertai sebarang pertandingan anjuran PBMM bagi musim 2025/2026.