
KUALA LUMPUR: Atlet wushu negara Lee Jia Rong menampilkan aksi cemerlang apabila meraih emas keempat pada hari keempat Kejohanan Dunia ke-17 di Brasilia, Brazil semalam.
Jia Rong yang turun beraksi dalam acara daoshu berjaya meraih 9.726 mata bagi emas pertamanya di peringkat dunia.
Meskipun berkongsi mata yang sama dengan peserta Hong Kong, Michelle Yeun, Jia Rong berada di kedudukan pertama selepas menampilkan darjah kesukaran yang lebih tinggi berbanding lawannya.
Gangsa acara itu dimenangi atlet Jepun, Kana Ikeuchi yang meraih 9.723 mata.
Untuk rekod ia merupakan pingat kedua Jia Rong pada kejohanan itu selepas meraih gangsa dalam acara gunshu.