Jepun Belasah Indonesia 6-0, Kekal Unggul Teratas Kumpulan C

Foto AFP

Jepun membelasah Indonesia 6-0 dalam aksi Kumpulan C pusingan ketiga kelayakan bolasepak Piala Dunia 2026.

Kekalahan besar itu menyebabkan momentum kemenangan ketika menewaskan China 1-0 di Stadium Gelora Bung Karno disekat oleh Jepun.

Ini adalah kekalahan keempat Indonesia daripada 10 perlawanan yang diharunginya.

Kemenangan itu meletakkan Jepun sebagai pendahulu Kumpulan C dengan pungutan 23 mata.