
Saingan Liga Malaysia (Liga M) 2025-2026 akan membuka tirai pada 8 Ogos ini dengan perlawanan Piala Sumbangsih di antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim.
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan perlawanan itu turut dianggap sebagai aksi pertama Liga Super.
Badan pengelola Liga M itu memaklumkan saingan Liga Super 2025-2026 dijangka akan berakhir pada 16 Mei 2026 iaitu kira-kira selama 10 bulan berbanding proses transisi Liga M selama 14 bulan pada musim lalu.
MFL juga berkata, saingan Piala FA dijadual bermula pada 15 Ogos ini manakala perlawanan akhir akan berlangsung padaa 14 Disember ini.