
Kelab Bolasepak utama tempatan, Johor Darul Takzim (JDT) bercita-cita untuk merebut slot beraksi di Piala Dunia Kelab Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis Garcia menjelaskan impian itu tidak mustahil sekiranya mereka terus memperaga peningkatan setiap kaii beraksi di pertandingan bertaraf benua khususnya menerusi saingan Liga Juara Juara Asia Elit.
“Berdasarkan kemungkinan bilangan penyertaan di Piala Dunia Kelab FIFA yang membuka lebih banyak slot untuk pasukan Asia, JDT meletakkan sasaran untuk mara secara konsisten ke peringkat lebih jauh.
“Merealisasikan sasaran itu bukanlah tugas mudah kerana mutu bolasepak Asia sangat tinggi. Kami tidak boleh leka sekiranya JDT mahu berjaya dalam misi besar ini,” katanya.