Iskandar Zulkarnain sertai BAM

Foto BAM

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan perlantikan bekas pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin sebagai jurulatih skuad perseorangan kebangsaan bermula 1 Oktober ini.

Presiden BAM, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata perlantikan Iskandar adalah bagi mengukuhkan pasukan perseorangan negara dan membantu Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Kenneth Jonassen.

“Kami sudah berunding dan Iskandar setuju dengan terma dan syarat BAM. Justeru, kita mengumumkan Iskandar akan kembali ke Malaysia dari Ireland,” katanya.

Iskandar, 34, kini sedang berkhidmat sebagai ketua jurulatih perseorangan Ireland selepas menyertai skuad kebangsaan negara Eropah itu sejak 2022.