
JEDDAH: Hasrat Indonesia untuk meneruskan kempen Piala Dunia terkubur apabila tersingkir berikutan dua kekalahan, yang terbaru kecundang 0-1 di tangan Iraq.
Dalam pertemuan dengan Iraq, jaringan tunggal Zidane Iqbal memastikan Iraq bukan aja menewaskan Indonesia 1-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia, malah
mengekalkan harapan mereka untuk layak ke kejohanan berprestij itu buat kali pertama sejak 1986.
Bekas pemain tengah Manchester United itu, yang kini beraksi bersama Utrecht di liga Belanda, menjaringkan gol kemenangan 14 minit sebelum tamat selepas dimasukkan pada awal babak kedua skuad bimbingan Graham Arnold.
Kemenangan itu membolehkan Iraq menempah pertemuan penentuan dengan Arab Saudi Selasa ini, dengan pemenang perlawanan itu akan mengesahkan tiket automatik ke Piala Dunia, manakala pasukan tewas akan meneruskan perjuangan ke pusingan play-off.
Indonesia pula tersingkir selepas mencatat dua kekalahan berturut-turut.
..
“Kami sedar perlawanan ini sukar dengan cuaca yang panas, tetapi kemenangan 1-0 ini memberi keyakinan besar kepada kami.
“Menentang Arab Saudi nanti pasti getir, tetapi kami yakin mampu menang,” kata Iqbal.