Harimau Selatan kenduri gol, belasah PDRM 10-1

Foto Berita Harian

ISKANDAR PUTERI: Ini kisah derita PDRM FC. Berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), PDRM FC dibelasah 10-1 dalam aksi pertama pusingan 16 saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, di sini.

Kesebelasan JDT yang dirombak oleh pengendalinya, Xisco Munoz, penguasaan r Harimau Selatan itu apabila tidak tejejas, malah menjaringkan gol seawal minit kedua perlawanan.

Gol itu terhasil menerusi bola lambungan pemain import baru JDT, Rui Felipe tepat kepada Jonathan Silva yang melintangkan bola tepat kepada Teto Martin untuk merembat melepas jangkauan penjaga gol, Muhd Asri Muhamad.

Selang lima minit kemudian, Harimau Selatan terus menemui sentuhan penyudah apabila Nazmi Faiz Mansor yang menyusup masuk ke dalam kotak penalti sempat melintangkan bola untuk Martin mencetak gol kedua peribadi..

JDT hampir menambah jaringan pada minit ke-11 selepas Silva bertindak melintangkan bola tepat kepad Bergson da Silva namun Muhd Asri berada di posisi terbaik bagi menafikan percubaaan pemain import Brazil itu..

JDT menambah derita skuad kendalian Eddy Gapil apabila berjaya mencipta gol ketiga perlawanan pada minit ke-47 berpunca daripada bola gerakan Corbin Ong yang melorongkan kepada Silva sebelum menyepak bola lintang tepat kepada Nazmi yang merembat bola kencang menewaskan Muhd Asri.

PDRM selaku tuan rumah aksi itu menyentap barisan pertahanan Harimau Selatan pada minit ke-60 selepas bola sepakan lintang Fakhrul Azim Zulphatah pantas disambar Imran Samso yang tidak dikawal mudah menewaskan penjaga gol, Christian Abad.

Namun itu saja gol PDRM sementara JDT terus berpesta gol.